fb fb fb fb fb

Jamie Foxx sudah pulih, dibenarkan keluar hospital

(Aktor Hollywood, Jamie Foxx / AFP)

LOS ANGELES, 13 Mei- Aktor Hollywood, Jamie Foxx dibenarkan keluar dari hospital dan dilaporkan pulih selepas sebulan menerima rawatan.

Berita itu dikongsi anak perempuan pada Jumaat.

Bulan lalu, Foxx yang berusia 55 tahun telah dikejarkan ke hospital di negeri Georgia, di mana dia sedang menjalani penggambaran filem Netflix pada masa itu.

Tiada butiran mengenai keadaan kesihatannya sejak itu, sekali gus membawa kepada beberapa spekulasi bahawa bintang "Django Unchained" itu mungkin mengalami penyakit berbahaya dan kesihatannya semakin merosot.

Tetapi anaknya, Corinne Foxx menepis khabar angin itu dalam siaran Instagram hari Jumaat.

"Ayah saya telah keluar dari hospital selepas selama berminggu-minggu, menjalani rawatan. Malah, dia bermain pickleball semalam!" dia menulis.

Pegawai media Foxx mengesahkan berita itu kepada AFP, tanpa memberikan butiran lanjut.

Foxx, seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang memenangi Grammy, Anugerah Akademi pada tahun 2005 untuk filem biopik muzik Ray Charles "Ray," dan dicalonkan dalam Oscar untuk "Collateral" pada tahun yang sama.

Dia baru-baru ini menjalani penggambaran "Back in Action," yang dibintangi bersama Cameron Diaz, di Georgia.

Dalam catatan awalnya pada 12 April, Corinne Foxx menulis bahawa bapanya telah 'mengalami komplikasi perubatan' tetapi disebabkan tindakan pantas dan penjagaan yang rapi dia kini sedang pulih.

Foxx sendiri minggu lalu menyiarkan mesej di platform media sosial: "Hargai semua cinta!!! Rasa dirahmati." -AFP


(Aktor Hollywood, Jamie Foxx)

Media Baharu