fb fb fb fb fb

4,000 peminat hadir Konsert Satu Suara Volume 3

(Foto Siti Nurhaliza)

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Konsert Satu Suara Volume 3 berlangsung meriah Sabtu lalu dengan kehadiran 4,000 peminat.

Tiket habis dijual sekali gus melegakan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sebelum ini risau kerana jualan tiket agak perlahan.

Siti Nurhaliza berkata beliau telah menjangkakan tiket berkenaan akan habis dijual.

"Saya berasa lega tiket berkenaan habis dijual di saat-saat akhir. Orang ramai masih lagi mencari tiket tersebut walaupun ia telah habis dijual," katanya kepada pemberita di sini.

Konsert yang menggabungkan Siti Nurhaliza bersama Jay Jay dan Ernie Zakri berlangsung di Megastar Arena, Plaza Sungei Wang di sini.

Menerusi konsert itu, Siti Nurhaliza turut memperdengarkan lagu daripada album beliau yang bakal dilancarkan tahun ini bertajuk Sehebat Matahari.


(Foto Siti Nurhaliza)

Media Baharu