(Abel Tesfaye/AFP)
NEW YORK, 16 Mei- Penyanyi dan penulis lirik, The Weeknd nampaknya semakin memenuhi keinginan untuk menukar nama pentas dengan menggunakan nama sebenar, Abel Tesfaye.
Penyanyi lagu berjudul "Blinding Lights" itu pada Isnin telah mengemas kini nama skrinnya di Twitter dan Instagram dengan mengekalkan nama pengguna kedua @theweeknd.
Rombakan itu berikutan komen Tesfaye, 33, dalam W Magazine yang menyatakan dia mahu "membunuh" The Weeknd.
"Saya sedang melalui fasa katarsis (kelegaan emosi), saya bersiap-siap untuk menutup episod The Weeknd.
"Saya masih akan menghasilkan muzik, mungkin sebagai Abel, mungkin sebagai The Weeknd. Tetapi saya masih mahu "membunuh" The Weeknd. Saya pasti cuba untuk menghilangkan "kulit" itu dan dilahirkan semula," katanya.
Tesfaye terkenal menerusi genre muzik R&B dengan seramai 32.2 juta pengikut di YouTube dan menjadi artis pertama yang memperoleh lebih 100 juta pendengar bulanan di Spotify. -AFP
(Tangkap layar laman sosialĀ Abel Tesfaye)