fb fb fb fb fb

Istana Budaya bawa Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia ke Pavilion Kuala Lumpur

Foto Istana Budaya

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Istana Budaya (IB) julung kalinya membawa Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia ke Pavilion Kuala Lumpur.

IB dalam satu kenyataan berkata, berbeza daripada sebelum ini, konsep OTM ON THE STREET akan ditampilkan sebagai satu platform terbaik untuk tarikan pelancong dan generasi muda.

"Konduktor OTM, Encik Mohd Yazid bin Zakaria bersama seramai 22 orang pemuzik mempersembahkan dengan gabungan alat-alat muzik tradisional Malaysia iaitu Akordian, Serunai/Rebana, Sape, Sitar, Seruling, Gambus, Keromong, Rebana/Darbuka, Mandolin, Yanqin dan Caklempong.

"Persembahan ini adalah secara terbuka dengan adanya dua (2) segmen iaitu persembahan secara 'busking' dan persembahan secara berkumpulan berkonsepkan “orchestra street performance," menurut kenyataan itu.

Persembahan tersebut diadakan dengan dua segmen iaitu persembahan secara 'busking' dan persembahan secara berkumpulan berkonsepkan 'orchestra street performance'.

Konsep itu memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung untuk merasai nilai seni muzik tradisional Malaysia dengan lebih dekat.

Di samping itu, terdapat penglibatan Artistana Istana Budaya yang akan mempersembahkan tarian secara 'flashmob' dengan pengunjung dapat turut serta menari bagi memeriahkan persembahan yang berdurasi selama satu jam.

Ketua Pengarah, YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar menyatakan bahawa "menerusi kempen GERAK ini, Istana Budaya akan mencari ruang dan peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana pihak yang berpotensi membantu dalam usaha untuk memartabatkan lagi nilai industri pelancongan seni dan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa".

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari portal dan di setiap platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-4026 5555.

TETITIA YUSOFF