fb fb fb fb fb

Bintang Kecil 2024: Enam peserta layak ke separuh akhir

Foto RTM

ANGKASAPURI, 14 Julai -Enam peserta terbaik telah berjaya menyerlahkan bakat nyanyian pada saingan Debaran Bintang Kecil Semenanjung 2024.

Kesemua mereka bakal mewakili Zon Semenanjung ke peringkat Separuh Akhir di Kuching, Sarawak pada September depan.

Antara yang terpilih, Puteri Azalia Mohd Taufik mewakili Perlis, Nur Ayu Raudahah (Negeri Sembilan) dan Megat Muhammad Galif dari Kuala Lumpur.

Sementara Ahmad Dhani Muslim mewakili Terengganu, Nur Farina Farha (Selangor) serta Cinta Suci Indah Urmila (Johor).

Peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, trofi, sijil penyertaan serta hadiah iringan.

Dalam pada itu, baki enam peserta lain yang tidak berjaya ke separuh akhir membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai RM2,000, trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Pertandingan berkenaan diadili juri berpengalaman termasuk Pemuzik RTM, YM Raja Mohd Sham Raja Saari selaku Ketua Juri, komposer Shazee Ishak dan pelakon, Che Kem.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD