fb fb fb fb fb

Empat anggota kumpulan BTS mula sertai Perkhidmatan Tentera pertengahan Disember

Anggota Kumpulan K-pop, BTS ketika diundang ke Whie House pada Mei lalu/FOTO REUTERS

SEOUL, 29 November - Empat lagi anggota kumpulan K-pop terkenal BTS bakal memulakan perkhidmatan tentera pada pertengahan bulan depan(Disember) menyertai tiga lagi anggota BTS yang sedang menjalani program berkenaan, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik daripada sumber industri muzik.

Menurut sumber berkenaan, Ketua kumpulan BTS, RM dan penyanyi utama, V bakal memulakan perkhidmatan pada 11 Disember manakala Jimin dan Jung Kok pula bakal menyertai perkhidmatan pada 12 Disember.

Selepas tamat latihan berkenaan, keempat-empat anggota kumpulan terkenal itu akan berkhidmat sebagai tentera selama 18 bulan, menurut media hiburan Star News.

Bagaimanapun, penyertaan keempat-empat anggota BTS itu dalam perkhidmatan tentera telah menimbulkan perdebatan umum sama ada kumpulan berkenaan sewajarnya diberikan pengecualian berdasarkan sumbangan kumpulan terbabit dalam memertabatkan industri K-pop.

Awal bulan ini, salah seorang anggota BTS, Jung Kook memberitahu di blognya bahawa dia akan memulakan perkhidmatan tentera pada Disember.

Sementara itu, anggota BTS paling tua, Jin,30 akan tamat latihan khidmat tentera pada Jun.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD