fb fb fb fb fb

Jamal Abdillah Live In Concert, berjaya pukau lebih 1,800 peminat

Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR, 1 Disember- Kehebatan persembahan Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah tidak perlu disangkal lagi.

Ini terbukti apabila beliau berjaya memukau seramai 1,800 peminatnya pada Konsert Jamal Abdillah Live in Concert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sememangnya vokal penyanyi berusia 64 tahun itu berjaya membuatkan penonton terbuai dengan kemantapan persembahannya yang bersahaja.

Konsert yang berlangsung selama dua jam, diketuai Pengarah Muzik, Shahwal Hussin.

Antaranya lagu popular yang dibawakan adalah Kau Lupa Pada Janji, Azura, Takdir Penentu Segala, Kekasih Awal dan Akhir dan Seniman Menangis.

Datuk Jamal turut mengundang dua permata hatinya, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani untuk mewarnai konsertnya pada malam itu dengan lagu Gadis Melayu dan Aku Penghibur.

Selain anak-anaknya, Datuk Jamal turut berduet bersama Wany Hasrita menerusi lagu Kehebatan Cinta.

ROSLINA BINTI DIN