fb fb fb fb fb

Nash Lefthanded bakal mengerjakan umrah

Vokalis Lefthanded, Datuk Nash

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Vokalis Lefthanded, Datuk Nash bakal mengerjakan umrah selama 40 hari pada tahun hadapan.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu, ia merupakan usaha sama AsShams Travel dengan beliau bagi program Umrah I'tikaf Ramadan 2024.

Jelas Nash, rezeki itu merupakan fasa penghijrahan yang baik dalam hidup untuk dikongsi bersama.

"Alhamdulilah, syukur saya kepada Allah SWT dan yang paling penting ialah saya diberi peluang untuk menjalani ibadah ini ketika Ramadan.

"Saya berharap ibadah saya itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

"Saya juga memohon agar Allah SWT memelihara saya dan juga jemaah-jemaah yang bersama saya kelak," kata Nash kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Nash turut berkongsi akan membuat mini konsert bersama Datuk Jamal Abdillah dan Azlan and The Typewriter dalam konsert Amal di Hotel Royale Chulan, Seremban pada 22 Disember nanti.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM