fb fb fb fb fb

DJ Abang Tanjung meninggal dunia

Mohd Nordin Yahya atau dikenali sebagai Abang Tanjung

BALIK PULAU, 3 Disember- Bekas penyampai radio MutiaraFm Mohd Nordin Yahya atau dikenali sebagai Abang Tanjung disahkan meninggal dunia di kediamannya di Balik Pulau, pagi tadi.

Allahyarham juga merupakan penulis lirik lagu bagi beberapa artis tempatan itu; baru sahaja menjalani pemasangan stent jantung, bulan lalu.

Berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pulau Pinang  selama 33 tahun bermula tahun 1967, allahyarham merupakan penyampai radio pertama dari Pulau Pinang yang menerima Anugerah Seri Angkasa (ASA) pada 1996.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan cahaya mata pada usia 78 tahun.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Rusa, Balik Pulau kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI