fb fb fb fb fb

Boyz II Men kembali untuk konsert di Megastar Arena

Kumpulan Boyz II Men

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Kumpulan muzik paling ikonik Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert pada 25 Mei 2025 di Megastar Arena.

Konsert itu dijangka membawakan gabungan harmoni penuh perasaan serta tema-tema cinta dan kehidupan yang terus merentas generasi.

Peminat akan dibawa menyusuri perjalanan muzik Boyz II Men yang mengandungi kejutan dan persembahan lagu-lagu baru daripada album terbaru mereka di samping lagu-lagu klasik yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

"Kami sangat teruja untuk kembali ke Asia dan membawa pengalaman Boyz II Men ke Kuala Lumpur," kata salah seorang ahli kumpulan Shawn Stockman.

"Energi dan sokongan peminat kami di Malaysia sentiasa luar biasa," tambahnya.

Dengan lebih 30 tahun mendominasi carta muzik global, Boyz II Men telah mentakrifkan semula genre R&B.

Lagu-lagu hits seperti "End of the Road", "I'll Make Love to You", dan "One Sweet Day" telah mengharumkan nama mereka sebagai kumpulan R&B terlaris sepanjang zaman, dengan lebih daripada 64 juta unit album terjual di seluruh dunia.

Boyz II Men, yang pernah meraih empat Anugerah GRAMMY®, sembilan Anugerah Muzik Amerika, sembilan Anugerah Soul Train, dan pelbagai anugerah muzik lain akan mempamerkan persembahan luar biasa yang mencerminkan kecemerlangan muzik mereka.

Penonton boleh mengharapkan malam yang penuh dengan hits seperti "Motownphilly" dan "End of the Road", bersama-sama dengan persembahan istimewa yang dijanjikan akan mengejutkan peminat.

Tiket konsert tersebut mula dijual pada esok.

TETITIA YUSOFF