fb fb fb fb fb

Konsert Mestika Asmaraloka, tampil artis ternama angkat irama keroncong

Poster Konsert Mestika Asmaraloka

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranannya sebagai pejuang seni budaya dengan mengangkat irama keroncong menerusi penganjuran Konsert Mestika Asmaraloka yang akan berlangsung 12 Oktober nanti.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Norfadzilah Hashim, selain peminat tegar irama keroncong, penganjuran konsert juga bertujuan menarik minat penggemar muzik baharu untuk ikut kenal seterusnya menikmati irama keroncong yang tidak patut dilupakan.

"Konsert ini adalah kombinasi antara Radio Klasik dan juga RTM Johor, kita sedia sedia tahu keroncong itu sinonim di Johor dan di Radio Klasik sendiri kita ada lagu-lagu keroncong dimainkan untuk pendengar-pendengar.

"Jadinya saya rasakan sesuai diadakan kombinasi antara dua stesen ini menghasilkan satu konsert supaya irama keroncong itu terus dimartabatkan dan dapat diminati bukan sahaja oleh golongan-golongan dewasa tetapi juga oleh remaja dan juga orang yang lebih muda," katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Penyiaran Johor, Azman Hashim, konsert yang bakal berlangsung di Auditorium Permata Sari, RTM Johor bakal menampilkan artis popular sebagai daya penarik.

"Kita ada membawa sedikit kelainan pada persembahan dalam konsert ini yang mana kita akan menggabungkan artis-artis baharu dan lama,  tempatan dan antarabangsa.

"Jadi kita harap dapat menarik apa minat anak-anak muda untuk apa menyaksikan konsert ini dan seterusnya jatuh cinta ataupun tertarik dengan irama keroncong," katanya.

0810 RTM KERONCONGPengarah Penyiaran Johor, Azman Hashim

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE