fb fb fb fb fb

Avantgardey adakan persembahan di Malaysia 22 Disember ini

Foto Avant Gardey

KUALA LUMPUR, 18 September- Kumpulan tarian terkenal dari Jepun, Avantgardey akan mengadakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Persembahan kumpulan yang terkenal dengan imej berpakaian sekolah dan berambut pendek itu diadakan sebahagian daripada jelajah Asia.

Dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), dengan Westec Media selaku penganjur bersama, persembahan Avantgardey akan berlangsung selama 80 minit.

Menurut penganjur, tiket akan mula dijual pada 22 September ini menerusi Ticketmelon dengan harga tiket bermula RM280.

Terdahulu, kumpulan yang terdiri daripada 17 penari wanita berbakat dari Osaka, Jepun, menjadi tular selepas persembahan mereka di 'America's Got Talent' dan mendapat pengiktirafan sebagai bintang baharu oleh Vogue Japan pada tahun 2023.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM