fb fb fb fb fb

Ooi Eow Jin meninggal dunia

Komposer, Ooi Eow Jin pernah menghasilkan beberpa lagu untuk penyanyi popular antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M.Nasir dan Rahimah Rahim

KUALA LUMPUR, 18 September- Komposer dan pemuzik tanah air, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia hari ini

Mendiang di laporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 86 tahun.

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) menerima panggilan daripada Datin Elain yang memaklumkan suaminya mendiang Ooi Eow Jin baru sahaja meninggal dunia pukul 3.30 petang.

Pada 2022 media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer merosot selepas dijangkiti virus COVID-19.

Eow Jin pernah menghasilkan beberpa lagu untuk penyanyi popular antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M.Nasir dan Rahimah Rahim serta pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik TV3.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE