fb fb fb fb fb

Asmara Loka 2024 bakal diadakan 9 November depan

Poster Asmara Loka 2024

KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Selepas kejayaan Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh dan siri jelajah Pentas Healing, Fuse Creative Digital Media kini mempersembahkan Asmara Loka, iaitu sebuah acara muzik dalaman eksklusif yang akan diadakan di Ipoh Convention Centre, Perak.

Acara yang dijadualkan pada 9 November depan itu akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti 6ixthSense, Insomniacks, Dramaband, dan Aizat Amdan.

Asmara Loka mengetengahkan konsep muzik intim yang sesuai untuk penggemar trend muzik 'Galau' dan 'Healing"' yang kini tular di media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram terutama dalam kalangan generasi muda.

Projek tersebut turut diselaraskan dengan kempen Tourism Perak 2024 bertujuan mempromosikan bandar Ipoh sebagai sebuah UNESCO Creative City of Music.

Pengarah Projek Asmara Loka Syahril Husny atau lebih dikenali sebagai Aril, menjelaskan kepentingan acara tersebut dalam landskap muzik dan pelancongan tempatan.

"Kami berharap Asmara Loka bukan sahaja memperkenalkan bakat muzik tempatan, tetapi juga menjadi platform bagi peminat muzik yang menghargai trend semasa. Ia berpotensi menjadi acara tahunan ikonik yang memberi impak positif kepada industri muzik, pelancongan, dan ekonomi setempat," katanya.

Tiket Asmara Loka telah mula dijual secara dalam talian sejak 6 Ogos lalu di laman web www.ticket2u.com.my.

TETITIA YUSOFF