KUALA LUMPUR, 11 Oktober- KRU mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music Entertainment Malaysia.
Sony Music Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kolaborasi itu merupakan inisiatif syarikat rakaman berkenaan yang percaya kepada kehebatan, komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih tiga dekad.
"Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia," katanya.
KRU Ditubuhkan pada 1992 dan dianggotai tiga beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim.
Kumpulan yang dianggotai tiga adik-beradik itu juga pernah mencipta pelbagai fenomena dalam karier seni di Malaysia dan luar negara.
Mereka turut dikenali dengan album-album laris, seperti "Generasi" dan "KRU," serta lagu-lagu popular seperti "Awas 1994" , "Ooh! La! La! 1996" dan banyak lagi lagu ciptaannya yang dinyanyikan artis tempatan.
Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung bawah syarikat mereka selain menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau antaranya kumpulan Elite, Indigo, Pretty Ugly dan ramai artis tempatan lain.
KRU juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.