fb fb fb fb fb

Anna Jobling terus lebar sayap ke Indonesia

Anna Jobling

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Kerjaya seni pelakon, Anna Jobling semakin berkembang di dalam dan luar negara.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman mengakui beliau kini sudah terbabit dalam beberapa produksi di Indonesia untuk membintangi drama mahupun filem.

"Anna telah 'shoot' satu drama dekat sana dan satu filem yang belum keluar lagi.

"Insya-Allah bulan depan atau Mei nanti, akan shoot dekat sana.

"Selagi Anna boleh kerja, Anna akan kerja sebab masa ini ada tenaga, ada 'passion' itu, Anna akan buat selagi mampu," katanya kepada pemberita di sini.

Anak jati melaka itu tidak menafikan pencapaiannya sehingga ke negara seberang adalah yang termanis dan memuaskan dirinya.

Mengakui biarpun penat berulang alik ke Indonesia, semuanya hilang apabila melihat karya-karya yang melibatkan dirinya diterima ramai dan mendapat tempat di hati penonton.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM