KUALA LUMPUR, 31 Mac- Penyanyi, Aina Abdul bakal berkolaborasi dengan Orkestra Filharmonik Malaysia menerusi konsert bersama pada 11 dan 12 Mei depan.
Menurut Aina, konsert itu bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre.
"Saya inginkan peminat menghayati nyanyian dan lagu-lagu saya dalam sisi yang mengenali lebih rapat bagaimana muzik-muzik yang cuba Aina tampilkan, sebab sebelum ini ramai yang cakap Aina asyik tarik tinggi, banyak menjerit.
"Jadi pada konsert ini, kita mahu 'explore', dapat 'experience the music of Aina Abdul", insya-Allah," katanya kepada pemberita di sini.
Persembahan Aina sering kali mendapat sambutan hangat seperti konsert Aina Abdul 2.0 di Istana Negara, 'A Night With Aina Abdul 3.0' di Axiata Arena Bukit Jalil dan 'A Night With Aina Abdul 'Live' In Singapore'.