fb fb fb fb fb

'Godzilla x Kong: The New Empire' dominasi carta box office Amerika

FOTO AFP

LOS ANGELES, 1 APRIL- Filem 'Godzilla x Kong: The New Empire' melonjak ke puncak box office Amerika utara hujung minggu lalu, mencatat jualan tiket berjumlah AS$80 juta, menurut pemerhati industri Exhibitor Relations.

"Jumlah terkini akan dikemas kini hari ini, tetapi apa pun ia, ini adalah permulaan yang hebat," kata penganalisis David A. Gross.

Di tempat kedua dengan anggaran kutipan AS$15.7 juta ialah 'Ghostbusters: Frozen Empire,' filem ditulis bersama oleh Jason Reitman, yang bapanya Ivan Reitman mengarahkan filem asal "Ghostbusters" yang asal pada tahun 1984.

Filem tersebut menggabungkan angggota baharu penangkap hantu (Paul Rudd, Carrie Coon) dengan veteran (Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson) ketika mereka menghadapi makhluk menakutkan yang cuba melancarkan Zaman Ais baharu.

Sementara itu, filem terbitan Warner Bros, 'Dune 2' mengisahkan tentang perang dan kelangsungan hidup di planet yang dilitupi pasir,berada di tempat ketiga, dengan kutipan kira-kira AS$11.1 juta untuk tempoh Jumaat hingga Ahad.

Di tempat keempat, jatuh satu tempat daripada hujung minggu lalu, ialah filem animasi komedi seni mempertahankan diri terbitan Universal dan DreamWorks Animation 'Kung Fu Panda 4,' pada AS$10.2 juta.

Manakala 'Immaculate,' sebuah filem seram psikologi baharu daripada studio indie Neon dan dibintangi oleh Sydney Sweeney, menduduki tempat kelima dengan AS$3.3 juta.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE