KUALA LUMPUR, 2 April- Unit Drama TV RTM menyajikan telefilem khas berjudul 'Raya Tak Nampak', sempena Aidilfitri.
Telefilem yang mengangkat tema kekeluargaan ini dibarisi gandingan pelakon terkenal, antaranya Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, dan Zila Bakarin.
Ia bakal ditayangkan pada 13 April ini menerusi slot Panggung RTM.
Telefilem berdurasi dua jam itu merupakan arahan bersama, Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam Wan Daud dan Fatin Athiera Dzul Hanafiah.
"Ada sub plot mengangkat cerita ini, seperti gangster, pasal perjalanan balik antara orang normal dengan OKU, jadi di situ ada unsur-unsur humor, walaupun bukan humor yang terlalu berat tetapi kita cuba menghiburkan dan di samping itu kita memberi pengajaran teladan supaya ianya bermanfaat", ujar Nor Ashikin Zainal.
Mengisahkan tiga beradik, Oyen, Sapok dan Elly merupakan peniaga bazaar ramadan merasakan jualan perniagaan mereka kurang memberangsangkan seperti tahun ini hari raya mereka ‘tak nampak’.
Dalam satu insiden, telah menemukan mereka dengan seorang gadis buta bernama Raya.
'Raya' merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek “Improvisation Acting’ sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah bazar ramadan.
Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ mereka bersimpati dan menawarkan bantuan.
Apa yang terjadi selepas itu..., jangan lupa saksikan 'Raya Tak Nampak' pukul 9.00 malam di saluran TV1.