WHO sahkan enam kes Hantavirus di kapal persiaran

Ibu pejabat WHO di Geneva/ AFP

GENEVA, 9 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat enam kes jangkitan Hantavirus daripada lapan kes yang disyaki, susulan penularan wabak itu di sebuah kapal persiaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga kematian dilaporkan, kadar kematian kes 38 peratus.
  • Beberapa kes disahkan sebagai jangkitan virus Andes (ANDV) melalui ujian makmal.
  • WHO menilai risiko global rendah, risiko kepada penumpang dan kru sederhana, dan akan terus memantau.

WHO menerusi kenyataan memaklumkan sehingga 8 Mei, sebanyak lapan kes telah dilaporkan, termasuk tiga kematian, menjadikan kadar kematian kes sebanyak 38 peratus.

“Enam daripada kes berkenaan disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan virus Andes (ANDV)”, katanya menerusi kenyataan.

WHO menilai risiko wabak itu kepada populasi global sebagai rendah dan akan terus memantau perkembangan epidemiologi dan mengemas kini penilaian risiko dari semasa ke semasa.

“Risiko kepada penumpang dan kru kapal persiaran terbabit diklasifikasikan sebagai sederhana”, tambahnya.-AFP