
WASHINGTON, 30 Mei – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump belum membuat keputusan mengenai cadangan perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran pada Jumaat semasa pertemuan dua jam dengan para pegawai di White House, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times.
- White House belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu.
- Trump berkata di Truth Social beliau akan bertemu pegawai untuk membuat penentuan muktamad mengenai cadangan itu.
- Cadangan itu dikatakan termasuk komitmen Iran untuk tidak mencari senjata nuklear.
- Cadangan turut dikatakan membuka semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had.
White House belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.
Terdahulu pada Jumaat, Trump (menerusi platform Truth Social) berkata beliau akan bertemu para pegawai untuk membuat “penentuan muktamad” mengenai cadangan itu, yang didakwanya akan termasuk komitmen Iran untuk tidak langsung mendapatkan senjata nuklear dan pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had.-BERNAMA-ANADOLU