
NEW YORK, 4 Julai – Bintang pop, Taylor Swift dan pemain Liga Bolak Sepak (NFL) Amerika Syarikat, Travis Kelce telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Madison Square Garden.
- Jurucakap pasangan mengesahkan perkara itu pada Jumaat.
- Tiada pengapit perempuan dan lelaki dalam upacara itu.
- Abang Taylor, Austin Swift, pengiring kehormat; Jason Kelce pengapit utama Travis.
- Mereka mengumumkan pertunangan Ogos lalu dengan gambar lamaran dan kapsyen jenaka.
Jurucakap bagi pasangan tersebut, mengesahkan perkara itu pada Jumaat.
“Taylor dan Travis tidak mempunyai pengapit perempuan dan lelaki.
“Sebaliknya, abang Taylor, Austin Swift, berperanan sebagai pengiring kehormat Taylor, manakala Jason Kelce menjadi pengapit utama Travis,” katanya.
Tambah beliau, majlis perkahwinan pasangan itu yang penuh makna dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Pada Ogos tahun lalu, Swift dan Travis mengumumkan pertunangan mereka menerusi media sosial dengan memuat naik gambar lamaran, beserta kapsyen ‘Guru bahasa Inggeris dan guru gimnasium anda akan berkahwin’.