Taufan Saudel badai wilayah tenggara Fujian buat kali ketiga

Foto Fail

BEIJING, 3 Sept Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran risiko banjir kilat di wilayah tenggara Fujian selepas Taufan Saudel membadai bandar Zhangzhou buat kali ketiga pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Visual CCTV menunjukkan jalan raya terputus akibat air deras; pasukan penyelamat memindahkan penduduk ke kawasan selamat.
  • Hujan lebat di Zhejiang menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah Wenzhou; lebih 2,500 guru dan pelajar terperangkap sebelum diselamatkan.
  • Ribut dijangka bergerak ke arah barat menuju Guangdong; pakar ramal taburan hujan lebat di Fujian dan Guangdong berterusan hingga esok.

Visual yang disiarkan oleh penyiar rasmi kerajaan, CCTV memaparkan laluan jalan raya terputus akibat ditenggelami air deras, sementara pasukan penyelamat bertungkus-lumus memindahkan penduduk yang terjejas ke kawasan selamat.

Di wilayah berhampiran Zhejiang, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah di bandar Wenzhou pada Rabu.

Kejadian tersebut mengakibatkan lebih 2,500 guru dan pelajar terperangkap di dalam kawasan sekolah sebelum operasi menyelamat dijalankan.

Ribut kuat yang membawa limpahan hujan luar biasa di wilayah Fujian dan Zhejiang itu diramalkan bergerak ke arah barat menuju ke Guangdong.

Pakar meteorologi menjangkakan taburan hujan lebat di sekitar Fujian dan Guangdong akan berterusan hingga esok.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.