Spirit Airlines tutup operasi

Foto fail: Pesawat Spirit Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat / REUTERS

FORT LAUDERDALE, 2 Mei – Syarikat penerbangan tambang rendah Amerika Syarikat (AS), Spirit Airlines mula menutup operasi serta-merta selepas syarikat induknya mengumumkan pembatalan semua penerbangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lembaga pengarah gagal mencapai persetujuan bagi menyelamatkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan serius.
  • Operasi penerbangan dihentikan awal Sabtu, menandakan berakhirnya operasi syarikat penerbangan bajet utama di AS.
  • Penutupan dijangka memberi kesan besar kepada industri penerbangan dan menyebabkan ribuan pekerja kehilangan pekerjaan.
  • Keputusan itu juga menambah tekanan kepada sektor penerbangan tambang rendah berdepan kos operasi tinggi dan persaingan sengit.

Menurut laporan Reuters, keputusan itu dibuat susulan kegagalan mencapai persetujuan dalam mesyuarat lembaga pengarah bagi menyelamatkan syarikat yang berdepan masalah kewangan serius.

Laporan itu menyebut, operasi penerbangan dihentikan sekitar awal pagi Sabtu, menandakan berakhirnya operasi syarikat penerbangan bajet utama di AS itu.

Penutupan ini dijangka memberi kesan besar kepada industri penerbangan serta mengakibatkan ribuan pekerja kehilangan pekerjaan.

Perkembangan itu turut menjadi tamparan kepada Presiden AS, Donald Trump, yang sebelum ini mencadangkan pakej bantuan sebanyak AS$500 juta bagi menyelamatkan syarikat berkenaan, namun berdepan tentangan daripada sebahagian penasihatnya dan ahli politik Republikan.

Kejatuhan Spirit Airlines juga dilihat menambah tekanan kepada sektor penerbangan tambang rendah yang semakin berdepan cabaran kos operasi dan persaingan sengit. – REUTERS