Situasi tenang di Aden susulan laporan bercanggah mengenai ketua STC

Foto REUTERS

ADEN, 7 Januari – Keadaan di bandar Aden dilaporkan tenang pada awal pagi ini apabila orang ramai dilihat melalui sekatan keselamatan, susulan laporan bercanggah mengenai keberadaan ketua Majlis Peralihan Selatan (STC) Yemen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keadaan bandar Aden dilaporkan tenang awal pagi dengan orang ramai melalui sekatan keselamatan.
  • STC menyatakan Aidarous al-Zubaidi berada di Aden dan menyelia operasi ketenteraan serta keselamatan.
  • Gabungan pimpinan Arab Saudi sebelum ini mendakwa al-Zubaidi melarikan diri, menimbulkan kekeliruan.
  • STC memaklumkan terputus hubungan dengan delegasi mereka di Riyadh.
  • Laporan bercanggah mencetuskan kebimbangan kestabilan keselamatan di selatan Yemen meskipun Aden terkawal.

Pemisah selatan Yemen memaklumkan bahawa ketua mereka, Aidarous al-Zubaidi, berada di Aden dan sedang menyelia operasi ketenteraan serta keselamatan di bandar itu.

Kenyataan tersebut dibuat selepas gabungan pimpinan Arab Saudi sebelum ini mendakwa al-Zubaidi telah melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui, sekali gus mencetuskan kekeliruan mengenai situasi sebenar di lapangan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak STC turut memaklumkan mereka telah terputus hubungan dengan delegasi mereka yang berada di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Laporan bercanggah itu menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan keselamatan di selatan Yemen, namun keadaan di Aden setakat ini dilaporkan terkawal. -REUTERS