Serangan pelajar di Chile: Seorang terbunuh dan empat cedera

Polis menjaga pintu masuk sekolah selepas insiden serangan pisau di Calama, utara Chile pada 27 Mac 2026/ AFP

CALAMA, 28 Mac- Seorang pelajar bersenjatakan pisau membunuh seorang individu dan mencederakan empat lagi di sebuah sekolah swasta di sini, utara Chile pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa terkorban ialah seorang kakitangan sekolah; seorang lagi kakitangan dan tiga pelajar cedera.
  • Pelajar berumur 18 tahun dipercayai membawa pisau dan semburan lada, menyerang rakan sekelas serta guru semasa sesi pembelajaran.
  • Semua kelas digantung dan pelajar serta kakitangan diarahkan meninggalkan sekolah bagi memastikan keselamatan.

Menteri Keselamatan, Trinidad Steinert memaklumkan mangsa yang terbunuh adalah seorang kakitangan sekolah, manakala seorang lagi kakitangan dan tiga pelajar turut mengalami kecederaan akibat serangan itu.

Suspek berumur 18 tahun itu dipercayai membawa pisau dan semburan lada ketika menyerang rakan sekelas dan guru semasa sesi pembelajaran.

Susulan kejadian, semua kelas digantung dan pelajar serta kakitangan diarahkan meninggalkan sekolah bagi memastikan keselamatan. -AFP