Selesema burung merebak ke empat daerah di Nepal

Virus itu dikesan di 23 ladang ternakan ayam di daerah Morang, Sunsari, Jhapa dan Chitwan

KATHMANDU, 7 April – Influenza burung patogenik tinggi H5N1 atau lebih dikenali sebagai selesema burung merebak ke empat daerah di Nepal, kata seorang pegawai kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Virus H5N1, influenza burung patogenik tinggi, disahkan menjangkiti unggas di Nepal.
  • Jangkitan pertama dikesan pada 18 Mac di ladang ternakan.
  • Pegawai Indira Sharma berkata semua usaha digembleng untuk mengelakkan penyebaran lanjut.
  • Sebanyak 113,608 unggas dan 211,867 biji telur telah dimusnahkan di kawasan terjejas.

Virus itu dikesan di 23 ladang ternakan ayam di daerah Morang, Sunsari, Jhapa dan Chitwan, kata Indira Sharma, pegawai maklumat di Jabatan Perkhidmatan Ternakan.

Pada tahun ini, selesema burung pertama kali dikesan di ladang ternakan di daerah Morang pada 18 Mac.

“Kami menggembleng semua usaha bagi memastikan ia tidak merebak lebih lanjut,” kata Sharma.

Menurut laporan jabatan itu, sebanyak 113,608 ekor unggas termasuk ayam dan itik, serta 211,867 biji telur telah dimusnahkan di kawasan terjejas setakat Sabtu. -BERNAMA-XINHUA