Rundingan Iran-Oman laluan maritim baharu peringkat akhir

Foto Reuters

TEHRAN, 10 Ogos – Rundingan Iran dan Oman bagi menentukan laluan maritim baharu di Selat Hormuz kini di peringkat akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pakar sedang memuktamadkan peta laluan maritim baharu bagi menggantikan laluan sedia ada.
  • Perjanjian laluan mungkin dipersetujui tetapi pembukaan Selat Hormuz memerlukan syarat yang dipenuhi oleh Amerika Syarikat.
  • Tehran tidak akan mulakan rundingan langsung dengan Washington selagi AS melanggar perjanjian sementara; rundingan kini melalui pihak pengantara.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata rundingan itu berjalan lancar dengan pakar sedang memuktamadkan peta laluan baharu bagi menggantikan laluan sedia ada.

“Rundingan ini telah mencapai kemajuan yang baik dan saya boleh katakan kita berada di peringkat akhir. Pakar kini sedang mengusahakan peta,” katanya.

Araqchi turut menegaskan rundingan tersebut tidak bermaksud bahawa Selat Hormuz akan dibuka semula.

“Perjanjian laluan maritim baharu mungkin akan dipersetujui tetapi pembukaan Selat Hormuz memerlukan syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi oleh Amerika Syarikat (AS) dan ia telah disampaikan kepada pihak pengantara,” jelasnya.

Pada 18 Jun lalu, Araqchi berkata Iran tidak akan memulakan rundingan dengan AS selagimana Washington melanggar perjanjian sementara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara pada bulan lepas.

Beliau turut memberitahu Tehran dan Washington ketika ini berunding menerusi pihak pengantara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.