
MICHIGAN, 8 Mac – Sekurang-kurangnya lapan maut dan lebih 12 orang cedera akibat puting beliung membadai selatan Michigan, Amerika Syarikat.
- Banyak rumah dan bangsal ladang rosak teruk hingga musnah di kawasan terjejas.
- Ratusan penduduk bergelap selepas tiang utiliti, transformer dan talian elektrik tumbang.
- Rakaman tular menunjukkan bumbung dan serpihan diterbangkan; bangunan, kenderaan dan papan tanda rosak.
- Pejabat Sheriff melaporkan kematian dan kecederaan; Gabenor aktifkan Pusat Operasi Kecemasan Negeri.
Bencana turut menyebabkan banyak rumah rosak teruk dan ratusan penduduk bergelap akibat terputus bekalan elektrik.
Beberapa video mengenai kejadian didakwa berlaku di bandar Three Rivers dan Union City sosial menunjukkan pusaran angin kuat menerbangkan bumbung bangunan dan serpihan ke udara tular di media.
Sementara itu, rakaman media tempatan turut menunjukkan bangunan dan kenderaan rosak teruk, selain tiang utiliti, pokok dan papan tanda jalan yang tumbang akibat ditiup angin kencang.
Pejabat Sheriff Branch memaklumkan, tiga kematian dengan 12 individu cedera dicatat di daerah itu.
Manakala di daerah Cass, seorang individu dilaporkan terkorban dan beberapa individu lain cedera.
“Beberapa struktur besar termasuk rumah dan bangsal ladang mengalami kerosakan daripada kesan struktur yang besar hingga musnah sepenuhnya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman web daerah Cass.
Pegawai tempatan berkata, gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan ratusan penduduk di kawasan terlibat.
“Kami mempunyai beberapa tiang utiliti tumbang, transformer rosak dan bentangan panjang talian elektrik di atas jalan. Manakala, bahagian utara Union Lake mengalami antara kerosakan paling teruk, dengan kira-kira dua batu talian elektrik tumbang di kawasan itu sahaja,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Union City.
Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer berkata, beliau telah mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan Negeri bagi memantau perkembangan situasi tersebut.