PM Pakistan tiba di Switzerland hadiri rundingan teknikal AS-Iran

Rundingan merupakan pertemuan rasmi pertama sejak MoU Islamabad ditandangani pada Rabu/Foto AFP

BURGENSTOCK, 21 Jun – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Panglima Tentera, Asim Munir tiba di Switzerland pada Ahad untuk menghadiri rundingan peringkat teknikal antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan perang di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Perdana Menteri memaklumkan melalui hantaran di platform X mengenai penyertaan delegasi Pakistan.
  • Kementerian Luar mengesahkan delegasi Pakistan mewakili Islamabad bagi rundingan pelaksanaan MoU.
  • Rundingan rasmi pertama sejak MoU ditandatangani melibatkan delegasi Iran, Qatar dan AS; pertemuan dua hala dijangka menegaskan komitmen keamanan.

Perkara berkenaan dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri menerusi muat naik hantaran di platform X.

Kementerian Luar Pakistan melalui kenyataan pula memaklumkan kedua-dua pemimpin itu akan mewakili Islamabad dalam rundingan mengenai pelaksanaan MoU Islamabad di sini.

Rundingan berkenaan turut akan dihadiri delegasi dari Iran, Qatar dan AS yang merupakan pertemuan rasmi pertama sejak MoU Islamabad ditandangani pada Rabu.

Terdahulu delegasi Iran dan Naib Presiden AS, JD Vance dilapor telah tiba di Switzerland.

Di luar sesi rundingan, Perdana Menteri Pakistan turut dijangka mengadakan pertemuan dua hala bersama delegasi dari Iran, Qatar, Switzerland dan AS bagi menegaskan komitmen berterusan Pakistan untuk memastikan keamanan berkekalan di rantau berkenaan.

Sementara itu, pasukan keselamatan serta wakil media dilihat berkumpul di luar lokasi rundingan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.