
CALIFORNIA, 21 Jun – Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass, mengisytiharkan darurat tempatan pada Sabtu susulan kebakaran besar di gudang penyimpanan sejuk yang masuk hari ketiga.
RINGKASAN BERITA AI
- Pihak berkuasa tempatan diminta mempercepat akses bantuan.
- Permohonan pengecualian beberapa peraturan yang mungkin menghalang usaha bantuan.
- Langkah keselamatan giat dilaksana bagi membantu penduduk terjejas.
- Kebakaran sejak Khamis berhampiran Boyle Heights masih belum dipadam, asap tebal kelihatan.
Serentak dengan itu beliau meminta pihak berkuasa tempatan mempercepat akses bantuan.
Dalam masa sama, memohon pengecualian beberapa peraturan yang ‘mungkin’ menghalang usaha bantuan.
Langkah keselamatan juga giat dilaksana pihak berkuasa tempatan bagi membantu penduduk yang terjejas akibat insiden berkenaan.
Kebakaran sejak Khamis yang berhampiran kawasan kejiranan Boyle Heights setakat ini,masih belum berjaya dipadamkan dengan rakaman menunjukkan asap tebal terus kelihatan dari lokasi. – REUTERS