
RAMALLAH, 22 Ogos – Peneroka haram Israel membina pos penempatan baharu di atas tanah milik perseorangan di pekan Turmus Ayya, di utara Ramallah, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
RINGKASAN BERITA AI
- Puluhan peneroka menyerbu kawasan Marj Si'a antara Turmus Ayya dan Al-Mughayyir.
- Mereka mendirikan rumah mudah alih di atas tanah milik Muhammad Ziyad Talib Hazma.
- Kawasan kira-kira 900 meter persegi, penduduk tempatan dihalang mengaksesnya.
Ahli Majlis Perbandaran Turmus Ayya Awad Abu Samra memberitahu WAFA pada Sabtu bahawa puluhan peneroka haram menyerbu kawasan Marj Si’a, yang terletak di antara Turmus Ayya dengan Al-Mughayyir, lalu mendirikan rumah mudah alih di atas tanah milik Muhammad Ziyad Talib Hazma.
Abu Samra memaklumkan bahawa kawasan berkenaan merangkumi keluasan kira-kira 900 meter persegi dan peneroka haram terbabit menghalang penduduk tempatan daripada mengakses kawasan itu. -BERNAMA-WAFA