
NUVAKOT, 3 September – Penduduk kampung di Nepal menggunakan sistem kabel untuk menyeberangi Sungai Trishuli bagi menuju ke kawasan yang terputus hubungan selepas beberapa jambatan musnah akibat banjir kilat.
- Pasukan penyelamat sedang mencari puluhan pekerja dipercayai terperangkap dalam terowong jana kuasa hidroelektrik.
- Operasi dianggap usaha terakhir untuk mencari mangsa yang mungkin masih terselamat seminggu selepas banjir besar.
- Banjir dipercayai disebabkan runtuhan glasier berhampiran sempadan Nepal-China, memusnahkan beberapa bandar dan lembah; 1,114 terkorban, hampir 4,000 hilang.
Rakaman Reuters menunjukkan penduduk dibawa merentasi sungai menggunakan sistem kabel berkenaan bagi memeriksa keadaan kediaman masing-masing.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi bagi mengesan puluhan pekerja yang dipercayai masih terperangkap di dalam terowong jana kuasa hidroelektrik di kawasan pergunungan Nepal.
Operasi itu menjadi antara usaha terakhir untuk mencari mangsa yang mungkin masih terselamat, seminggu selepas banjir besar melanda kawasan Himalaya.
Banjir berkenaan dipercayai berpunca daripada runtuhan glasier berhampiran sempadan Nepal-China, yang mengakibatkan kemusnahan di beberapa bandar dan lembah di kawasan pergunungan.
Sekurang-kurangnya 1,114 orang disahkan terkorban, manakala hampir 4,000 lagi masih dilaporkan hilang.-REUTERS