Pegawai tentera Rusia maut dalam letupan kereta di St Petersburg

Foto Reuters

ST PETERSBURG, 27 Ogos – Seorang pegawai tentera Rusia berpangkat leftenan kolonel maut serta-merta selepas kereta yang dinaikinya bersama isteri meletup di St Petersburg pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isterinya turut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
  • 'Fontanka' mengenal pasti mangsa sebagai leftenan kolonel; Telegram Mash laporkan kedua-duanya anggota tentera.
  • Jawatankuasa Siasatan membuka siasatan jenayah tetapi tidak mengesahkan identiti mangsa.
  • Rusia menuduh Ukraine terbabit dalam siri pembunuhan pegawai; tiada kenyataan segera daripada Ukraine, termasuk serangan bom Crimea pada 13 Ogos.

Menurut laporan media Rusia, isterinya turut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Akhbar dalam talian ‘Fontanka’ mengenal pasti mangsa sebagai seorang pegawai berpangkat leftenan kolonel, manakala saluran Telegram Mash turut melaporkan kedua-duanya sebagai anggota tentera dan isterinya.

Jawatankuasa Siasatan Rusia mengesahkan pihaknya membuka siasatan jenayah selepas sebuah kereta terbakar dalam kejadian itu, yang mengorbankan seorang dan mencederakan seorang lagi, namun tidak mengesahkan identiti mangsa sebagai anggota tentera.

Kejadian itu berlaku ketika Rusia sebelum ini menuduh Ukraine terbabit dalam beberapa siri pembunuhan pegawai kanan tentera dan individu yang dikaitkan dengan usaha perang Moscow.

Sumber Ukraine pula pernah mengaku bertanggungjawab dalam beberapa serangan seumpama itu, selain menafikan penglibatan dalam kes lain.

Bagaimanapun, tiada kenyataan segera daripada Ukraine berhubung kejadian terbaharu itu.

Pada 13 Ogos lalu, seorang pegawai tentera Rusia turut maut dalam serangan bom di Crimea yang diduduki dan kemudian dianeksasi Rusia. Seorang wanita kemudiannya ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu bagi pihak perkhidmatan khas Ukraine.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.