PBB menerima sokongan majoriti besar, tuntut Rusia hentikan peperangan di Ukraine serta-merta

UKRAINE, 26 Mac – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memperoleh sokongan majoriti besar terhadap resolusi yang menuntut Rusia menghentikan peperangan di Ukraine dengan serta-merta.

Pada mesyuarat di ibu pejabat PBB di New York, 140 negara anggota mengundi untuk menyokong, 38 berkecuali manakala lima lagi menentang.

Pengundian itu menyusul selepas kelulusan resolusi tidak terikat pada 2 Mac lalu yang menuntut Rusia menghentikan penggunaan kekerasan dengan serta-merta.

Rabu lalu, Ukraine mengemukakan resolusi baharu yang asalnya disediakan oleh Perancis dan Mexico, pada sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB.

(Serangan Rusia terhadap Ukraine perlu dihentikan serta-merta/FOTO FAIL)

Resolusi diluluskan itu merujuk Moscow secara khusus serta menuntut serangan Rusia terhadap Ukraine dihentikan serta-merta.

Lima negara mengundi untuk menentang resolusi tersebut, iaitu Rusia, Syria, Korea Utara, Belarus dan Eritrea.

Perwakilan Amerika ke PBB Linda Thomas-Greenfield, mengalu-alukan majoriti kukuh daripada negara anggota yang meluluskan resolusi berkenaan.

Resolusi itu menunjukkan dengan jelas bahawa Rusia bertanggungjawab sepenuhnya atas krisis kemanusiaan yang teruk di Ukraine.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.