PBB gesa kurangkan ketegangan di Asia Barat menerusi diplomasi

Foto AFP

NEW YORK, 6 Mac – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, terus mengekalkan hubungan dengan pelbagai pihak bagi mendesak mengurangkan ketegangan di Asia Barat melalui diplomasi, kata jurucakapnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB menyeru rundingan diplomatik sebagai jalan penyelesaian, menentang retorik dan aktiviti ketenteraan yang meningkat.
  • Jurucakap menegaskan rundingan satu-satunya cara menyelesaikan konflik semasa dan PBB yakin diplomasi efektif.
  • Serangan bersama dilaporkan mengakibatkan korban, diikuti serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel serta aset-aset AS.

Jurucakap Guterres, Stephane Dujarric membuat kenyataan itu pada satu sidang akhbar.

Beliau berkata PBB yakin rundingan diplomatik adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan konflik.

“Kami percaya rundingan adalah jalan untuk menyelesaikan konflik semasa ini. Kita menyaksikan peningkatan retorik dan aktiviti ketenteraan serta konflik meluas ke kawasan lain.

“Setiausaha Agung akan terus mempromosikan diplomasi, kembali kepada rundingan, menghormati undang-undang antarabangsa, dan meyakinkan negara lain bergerak ke arah itu,” kata Dujarric.

Sejak Sabtu lalu, Iran melaporkan 1,045 kematian akibat serangan bersama AS-Israel di Tehran dan beberapa bandar lain, termasuk kematian pemimpin Iran, Ali Khamenei, ahli keluarganya, pegawai tentera kanan, serta ramai orang awam.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron menyasarkan Israel serta aset-aset AS di seluruh rantau Asia Barat.-REUTERS