Nigeria ubah tarikh pilihan raya presiden 2027 kerana Ramadan

FOTO REUETRS

ABUJA, 28 Februari – Tarikh pilihan raya presiden 2027 di Nigeria telah diubah kerana bertembung dengan bulan suci Ramadan, umum pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tarikh pilihan raya presiden 2027 diubah kerana bertembung dengan bulan suci Ramadan.
  • Pengundian presiden kini dijadual pada 16 Januari 2027.
  • Pilihan raya gabenor ditetapkan pada 6 Februari 2027.
  • INEC menukar jadual selepas kritikan berhubung pertindihan dengan ibadah keagamaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Bebas (INEC) memaklumkan bahawa pilihan raya yang sebelum ini dijadualkan pada 20 Feb 2027 telah diawalkan kerana bertembung dengan Ramadan.

Suruhanjaya itu mengumumkan bahawa pilihan raya presiden di negara paling ramai penduduk di Afrika itu kini akan diadakan pada 16 Jan 2027, manakala pilihan raya gabenor negeri ditetapkan pada 6 Feb.

Sebelum ini, INEC mengumumkan bahawa pengundian presiden akan diadakan pada 20 Feb dan pilihan raya gabenor pada 6 Mac.

Bagaimanapun, penetapan tarikh itu menerima kritikan selepas didapati ia bertindih dengan Ramadan.

Badan pilihan raya berkenaan tidak memberikan butiran lanjut selain mengesahkan bahawa jadual itu disemak semula susulan kebimbangan berkaitan ibadah keagamaan.- BERNAMA-ANADOLU