Letupan masjid Jakarta : Suspek, pelajar 17 tahun terinspirasi pelampau kulit putih

JAKARTA, 11 November – Polis Indonesia pada Selasa memaklumkan, pelajar yang disyaki meletupkan bahan letupan sehingga mencederakan puluhan jemaah di sebuah masjid di ibu negara minggu lalu bertindak atas motif dendam dan terinspirasi oleh serangan kumpulan pelampau kulit putih serta neo-Nazi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek berusia 17 tahun, pelajar sekolah berhampiran, dituduh menyebabkan letupan di masjid semasa solat Jumaat.
  • Letupan mencederakan 96 jemaah; puluhan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.
  • Polis menemui tujuh bahan letupan buatan sendiri di dalam dan sekitar kawasan masjid.
  • Beberapa bahan letupan disembunyikan dalam tin minuman Coca-Cola sebagai alat menyembunyikan bukti.
  • Motif serangan berkaitan dendam dan suspek terinspirasi oleh ideologi kumpulan pelampau kulit putih serta neo-Nazi.

Letupan yang berlaku di masjid dalam kompleks sebuah sekolah di kawasan Kelapa Gading, Jakarta ketika solat Jumaat itu mengakibatkan 96 orang cedera.

Menurut polis, tujuh bahan letupan buatan sendiri ditemui pihak berkuasa Indonesia di dalam dan sekitar kawasan masjid, termasuk sebahagiannya yang disembunyikan dalam tin minuman Coca-Cola.

Minggu lalu, polis memaklumkan suspek berusia 17 tahun dan merupakan pelajar di sekolah berhampiran.

Ketua Polis Jakarta, Asep Edi Suheri pada Selasa tidak mendedahkan identiti suspek dan hanya merujuknya sebagai “kanak-kanak yang berdepan tindakan undang-undang.”-REUTERS