
THIMPHU, 2 April- Harga minyak di Bhutan meningkat susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kekurangan bekalan dan barisan panjang di stesen minyak, menurut kerajaan yang menyifatkan kenaikan itu sebagai di luar kawalan mereka.
- Kerajaan menggesa orang ramai kurangkan penggunaan minyak: berjalan kaki ke pejabat, elak perjalanan tidak perlu dan bekerja dari rumah.
- Bhutan masih mengimport minyak melalui India walaupun mengeksport tenaga hidroelektrik.
- Kerajaan memperkenalkan subsidi minyak dan langkah penjimatan tenaga untuk meringankan beban isi rumah dan ekonomi.
Kerajaan turut menggesa orang ramai mengurangkan penggunaan minyak dengan langkah seperti berjalan kaki ke pejabat, mengelak perjalanan tidak perlu dan bekerja dari rumah (BDR) bagi meringankan beban kewangan negara.
Negara Himalaya berpenduduk kira-kira 800,000 orang itu masih mengimport minyak melalui India walaupun menjana pendapatan melalui projek hidroelektrik dan mengeksport tenaga elektrik ke India.
Kekurangan bekalan telah menyebabkan tekanan kepada isi rumah dan perniagaan tempatan, menurut laporan AFP.
“Kerajaan kami tidak bersalah, mereka sudah sedaya upaya kawal keadaan — tetapi perang di Asia Barat dan kenaikan harga minyak di India berlaku,” jelas seorang penduduk, Karma Kalden, 40 tahun.
Kenaikan harga minyak diumumkan Kerajaan Bhutan pada Rabu lalu berserta langkah penjimatan tenaga, manakala kerajaan memperkenalkan subsidi minyak pada 21 Mac untuk meringankan impak kepada isi rumah dan ekonomi.
Harga petrol di pam meningkat lebih 60 peratus sejak perang di Asia Barat bermula 28 Februari, daripada 65–95 ngultrum kepada harga baru bersubsidi bermula 1 April (AS$0.69–AS$1.04 seliter). -AFP