Konflik Asia Barat: harga minyak Tokyo, Seoul catat peningkatan

Foto AFP

HONG KONG, 6 April – Harga minyak dibuka tinggi hari ini susulan konflik berpanjangan di Asia Barat yang mengekang bekalan tenaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasaran Asia banyak tutup kerana cuti umum; Tokyo dan Seoul mencatatkan kenaikan manakala pasaran lain bercampur-campur.
  • Tekanan konflik beri kesan kepada mata wang Asia dan mengukuhkan kecenderungan pengukuhan dolar AS.
  • Tokyo naik 1.6% dan Seoul melonjak 2.2%, manakala Singapura naik 0.4% dan Jakarta susut 0.6%.
  • Trump ugut hancurkan infrastruktur awam Iran; Iran ancam balas jauh lebih dahsyat; Selat Hormuz disekat ganggu kira-kira 20 peratus aliran minyak.

Kebanyakan pasaran di Asia ditutup bersempena cuti umum, namun saham di Tokyo dan Seoul mencatatkan kenaikan manakala pergerakan di bursa lain dibuka bercampur-campur.

Perkembangan yang tidak menentu ini terus memberi tekanan kepada mata wang Asia sambil “mengukuhkan kecenderungan terhadap pengukuhan dolar AS.

Harga emas turut mencatatkan penurunan pada hari Isnin.

Pasaran Tokyo meningkat 1.6 peratus manakala Seoul melonjak 2.2 peratus. Singapura turut naik 0.4 peratus, namun Jakarta susut 0.6 peratus.

Pasaran China ditutup sempena dengan Perayaan Qingming, manakala beberapa pasaran lain termasuk Sydney dan Wellington turut bercuti sempena Isnin Paskah.

Pada Ahad, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan ancaman keras untuk memusnahkan infrastruktur awam Iran sekiranya semua laluan di Selat Hormuz tidak dibuka semula.

Beberapa jam kemudian, markas pusat tentera Iran memberi amaran akan melakukan tindak balas yang “jauh lebih dahsyat” sekiranya pihak lawan menyasarkan kemudahan awam milik negaranya.

Konflik yang kini memasuki minggu keenam sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari telah menyebabkan peperangan serta menggugat kestabilan ekonomi global.

Iran mula menyekat laluan Selat Hormuz — yang mengendalikan kira-kira 20 peratus daripada aliran minyak dan gas dunia — sekali gus menyebabkan harga petroleum melonjak. -AFP