
TEHRAN, 14 Mac – Hampir 22,000 bangunan awam mengalami kerosakan di Iran setakat ini dalam konflik Asia Barat yang sedang berlarutan.
- Lebih 17,000 unit kediaman dilaporkan rosak menurut Ketua Misi IOM di Iran.
- Beribu keluarga terpaksa melarikan diri, kebanyakan mencari perlindungan di utara Iran.
- IOM menyeru peredaan ketegangan dan menekankan perlindungan orang awam mesti menjadi keutamaan mutlak.
Ketua Misi Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di Iran, Salvador Gutierrez berkata daripada jumlah itu, melibatkan lebih 17,000 unit kediaman di negara berkenaan.
Beliau berkata ribuan keluarga telah melarikan diri daripada serangan, dengan kebanyakan mereka menuju ke utara Iran.
Gutierrez menegaskan bahawa usaha meredakan ketegangan konflik adalah amat penting bagi mengelakkan penderitaan yang lebih teruk.
Tegasnya, meredakan ketegangan kekal penting untuk mencegah penderitaan manusia yang berterusan, dan perlindungan orang awam mesti menjadi keutamaan mutlak.
Sehingga kini, lebih 1,300 nyawa dilaporkan terkorban di Iran sejak konflik meletus pada 28 Februari lalu. -REUTERS