
GAZA, 10 Mei – Penduduk Khan Younis mengadakan upacara pengebumian Ketua Pasukan Polis Bahagian Jenayah kawasan itu, Wessam Abdel-Hadi bersama pembantunya yang terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis di Khan Younis.
- Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata keganasan terbaru menyerlahkan kerapuhan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat.
- Penduduk Ali Mousa Dababesh berkata Israel masih menyasarkan anggota polis untuk mencetuskan kekacauan dan kekeliruan di Gaza.
- Serangan hampir setiap hari diteruskan walaupun gencatan senjata sejak Oktober 2025, mengorbankan sekurang-kurangnya 850 rakyat Palestin.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza keganasan terbaharu itu sekali lagi menyerlahkan kerapuhan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat.
Seorang penduduk Palestin, Ali Mousa Dababesh berkata, meskipun gencatan senjata telah berkuat kuasa sejak beberapa bulan lalu, rejim Zionis masih menyasarkan anggota polis bagi mencetuskan kekacauan dalam kalangan rakyat Palestin di Gaza.
“Mereka mahu mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan di Semenanjung Gaza. Itu matlamat utama mereka. Namun, Israel terus menyasarkan mereka,” katanya lagi.
Sebelum ini melaporkan bahawa Israel meningkatkan serangan terhadap pasukan polis kendalian Hamas di Gaza. Pasukan polis berkenaan berfungsi sebagai untuk memulihkan pentadbiran di kawasan Gaza.
Menurut petugas perubatan, satu lagi serangan udara turut mengorbankan seorang penduduk di kem pelarian Maghazi pada Ahad.
Keganasan di Gaza terus memuncak meskipun gencatan senjata dicapai pada Oktober 2025, dengan Israel dilaporkan melancarkan serangan hampir setiap hari.
Petugas perubatan tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 850 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa.- REUTERS