
BAGHDAD, 8 April -Pihak berkuasa penerbangan awam Iraq mengumumkan pembukaan semula ruang udara negara itu pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
- Pembukaan itu susulan pengumuman gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran.
- Ruang udara sebelum ini ditutup akibat konflik di Asia Barat.
- Kenyataan rasmi menyatakan keadaan semakin stabil.
- Pihak berkuasa menyatakan kembalinya situasi kepada normal membolehkan trafik udara.
Pembukaan itu susulan pengumuman gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran, selepas sebelum ini ditutup akibat konflik di Asia Barat.
“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan bahawa ruang udara Iraq dibuka semula kepada trafik udara berkuat kuasa hari ini, berikutan keadaan yang semakin stabil dan kembalinya situasi kepada normal,” menurut kenyataan rasmi. – AFP