Iran sedia perang jangka panjang

Foto AFP

TEHRAN, 11 Mac -Iran pada Rabu memberi amaran bahawa negara itu, bersedia menghadapi perang jangka panjang yang boleh memberi kesan besar terhadap ekonomi dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Iran melepaskan tembakan ke arah dua kapal komersial dan mengancam kapal berkaitan Amerika Syarikat atau sekutunya.
  • Tehran memperketat kawalan Selat Hormuz, meningkatkan ketegangan di laluan laut strategik perdagangan minyak.
  • Presiden AS Donald Trump berkata konflik akan berakhir tidak lama lagi, mendakwa hampir tiada lagi sasaran ketenteraan di Iran.
  • Harga minyak melonjak selepas serangan AS dan Israel yang membunuh pemimpin Iran; IEA keluarkan 400 juta tong simpanan strategik.

Tentera Iran telah melepaskan tembakan ke arah dua kapal komersial dan mengancam mana-mana kapal yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat atau sekutunya.

Ketegangan memuncak apabila Tehran memperketat kawalan di Selat Hormuz, laluan laut strategik yang menjadi nadi kepada perdagangan minyak global.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata konflik itu akan berakhir “tidak lama lagi” kerana menurutnya hampir tiada lagi sasaran untuk tentera AS di Iran.

Harga minyak dunia melonjak sejak 28 Februari lalu, apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu dan mencetuskan perang di Asia Barat.

Bagi menstabilkan harga minyak, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengumumkan negara anggotanya akan melepaskan sebanyak 400 juta tong minyak daripada simpanan strategik mereka pelepasan terbesar pernah dilakukan. – AFP