
TEHRAN, 20 Julai- Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengesahkan telah melancarkan serangan balas ke atas sebuah pusat arahan operasi khas Amerika Syarikat (AS) di wilayah Al-Tanf, Syria.
- IRGC mengesahkan melancarkan serangan balas ke atas pusat arahan operasi khas AS di Al-Tanf, Syria.
- IRNA melaporkan serangan itu sebagai "serangan mengejut" bagi membalas kematian tiga anggota tentera Iran.
- Sumber tentera Syria menafikan sebarang serangan berlaku dan dakwaan IRGC belum disahkan secara bebas.
Menurut media kerajaan Iran, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap kematian tiga anggota tenteranya.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan serangan pada Jumaat itu dilancarkan sebagai “serangan mengejut” bagi membalas kematian anggota tentera Iran yang terbunuh dalam serangan AS ke atas sebuah berek tentera di Iranshahr, tenggara Iran.
Pada Ahad, agensi berita Tasnim melaporkan upacara pengebumian diadakan bagi tiga anggota tentera terbabit yang maut dalam serangan berkenaan.
IRGC sebelum ini memaklumkan bahawa serangan itu menyasarkan kawasan Al-Tanf, yang terletak berhampiran sempadan tenggara Syria dengan Jordan dan Iraq.
Bagaimanapun, sumber tentera Syria menafikan kepada AFP bahawa sebarang serangan berlaku di kawasan berkenaan.
Dakwaan IRGC itu belum disahkan secara bebas. -AFP