
BEIRUT, 17 April – Kumpulan Hizbullah menegaskan sebarang gencatan senjata dengan Israel tidak boleh memberi kebebasan pergerakan kepada Zionis Israel di wilayah Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
- Hizbullah: kehadiran tentera Israel di Lubnan memberi hak kepada negara dan rakyat untuk menentang.
- Speaker Nabih Berri menggesa rakyat Lubnan tangguhkan kepulangan ke bandar dan kampung sehingga keadaan lebih tenang.
- Berri berkata langkah itu selaras dengan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan.
Menurut Hizbullah kehadiran tentera Israel di Lubnan akan memberi hak kepada negara itu dan rakyatnya untuk menentang.
Sementara itu, sekutu Hizbullah yang juga Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri, menggesa rakyat Lubnan menangguhkan kepulangan ke bandar dan kampung masing-masing sehingga keadaan menjadi lebih tenang.
Beliau berkata langkah itu selaras dengan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang sedang dicadangkan. — REUTERS