Gempa bumi Jepun: Dua wanita maut, tiga kritikal

Foto AFP

KASHIMA, 29 Julai – Dua wanita disahkan maut, manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal selepas gempa bumi kuat melanda Jepun yang mencetuskan letupan di sebuah pusat beli-belah serta menyebabkan sebuah cerobong asap runtuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyiar awam NHK memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan mengenai insiden.
  • Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan penilaian kerosakan diteruskan.
  • Punca insiden masih disiasat dan jumlah mangsa mungkin berubah apabila operasi selesai.

Menurut penyiar awam NHK yang memetik pihak berkuasa tempatan pada awal Rabu, kedua-dua mangsa wanita ditemukan maut di pusat beli-belah yang terjejas akibat gempa bumi dan letupan berkenaan.

Tiga lagi mangsa dilaporkan mengalami henti jantung dan paru-paru dengan seorang di pusat beli-belah dan dua lagi di sebuah kilang di bandar Yatsushiro.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta menilai tahap kerosakan di kawasan yang terjejas.

Setakat ini, punca sebenar letupan di pusat beli-belah itu masih dalam siasatan.

Jumlah keseluruhan mangsa dijangka berubah apabila operasi menyelamat diteruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.