AS pintas peluru berpandu Iran

Foto FAIL

WASHINGTON, 29 Julai – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • CENTCOM: Serangan mengejut dilancarkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam sekitar 5:45 petang waktu tempatan.
  • Serangan dipercayai menyasarkan pangkalan tentera AS di Asia Barat.
  • Insiden berlaku selepas kedua pihak menghentikan serangan sepanjang hujung minggu lalu.
  • Ketegangan memuncak selepas Iran menyerang beberapa kapal di Selat Hormuz pertengahan Julai.

Menurut Pusat Pemerintahan AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan di platform X, serangan mengejut itu dilancarkan oleh pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dari Iran kira-kira pukul 5:45 petang waktu tempatan.

Serangan berkenaan dipercayai disasarkan ke atas pangkalan tentera AS di Asia Barat.

“Kesemua peluru berpandu Iran berjaya dipintas,” kata CENTCOM tanpa memperincikan lokasi khusus yang menjadi sasaran serangan berkenaan.

Insiden tersebut berlaku selepas kedua-dua belah pihak menghentikan serangan sepanjang hujung minggu lalu.

Sebelum ini, AS melancarkan serangan udara berturut-turut pada waktu malam terhadap Iran, manakala Tehran membalas dengan bedilan peluru berpandu dan dron ke atas sekutu Washington di rantau Teluk.

Ketegangan di rantau berkenaan mula memuncak pada pertengahan Julai selepas Iran menyerang beberapa buah kapal di Selat Hormuz.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.