Dewan Perwakilan AS lulus resolusi hadkan kuasa Trump terhadap Iran

Foto AFP

WASHINGTON, 4 Jun – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu resolusi yang bertujuan mengehadkan kuasa Presiden AS, Donald Trump, untuk meneruskan operasi ketenteraan terhadap Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat anggota Republikan turut menyokong resolusi bersama Demokrat.
  • Resolusi lulus 215 sokong berbanding 208 tolak, arahkan pengunduran tentera kecuali Kongres meluluskan tindakan ketenteraan.
  • Beberapa usaha serupa sebelum ini gagal di Dewan dan tujuh di Senat tidak mendapat sokongan mencukupi.
  • Trump mungkin menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang diluluskan Kongres.

Empat anggota Republikan turut menyertai Demokrat dalam menyokong usul berkenaan.

Resolusi itu diluluskan menerusi undian 215 menyokong berbanding 208 menolak, sekali gus mengarahkan Trump mengundurkan tentera AS daripada peperangan dengan Iran, kecuali mendapat kelulusan Kongres bagi meneruskan tindakan ketenteraan.

Undian itu berlangsung selepas tiga resolusi berkaitan kuasa perang sebelum ini gagal diluluskan di Dewan Perwakilan dengan majoriti tipis. Di Senat pula, tujuh usaha serupa turut gagal mendapat sokongan mencukupi.

Walaupun resolusi itu berjaya diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres, Trump berkemungkinan menggunakan kuasa veto untuk membatalkannya.

Semasa bermulanya konflik, Trump menerima sokongan padu daripada majoriti ahli Republikan. Namun, apabila perang terus berlanjutan, sebahagian ahli Republikan mula mempertikaikan keperluan meneruskan operasi ketenteraan itu.

Menjelang pilihan raya pertengahan penggal dan kenaikan harga petrol, Republikan bimbang konflik berpanjangan itu akan menjejaskan peluang parti berkenaan pada pilihan raya November.-REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.