Arab Saudi dedah video letupan di Lapangan Terbang Riyadh

Rakaman letupan sebelum (foto kecil) dan selepas letupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh pada Sabtu/ Viory

RIYADH, 12 Oktober– Rakaman kamera keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin memaparkan detik letupan menggegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan menyebabkan serpihan siling runtuh ke arah penumpang dan mencetuskan suasana cemas di terminal.
  • Pekerja bersembunyi di bawah kaunter sementara penumpang bertempiaran menyelamatkan diri.
  • Ramai penumpang dipercayai jemaah yang menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.
  • Serangan mengorbankan 13 orang, mencederakan ratusan dan disusuli serangan terhadap Lapangan Terbang Riyadh serta Dammam.

Letupan itu menyebabkan serpihan siling runtuh ke arah penumpang dan mencetuskan suasana cemas di terminal.

Rakaman berkenaan menunjukkan pekerja di kaunter pintu berlepas berlindung di bawah meja, manakala penumpang bertempiaran menyelamatkan diri.

Ramai penumpang dipercayai jemaah yang menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Serangan itu mengorbankan 13 orang dan mencederakan ratusan yang lain, manakala serangan susulan pada Ahad menyasarkan Lapangan Terbang Riyadh dan Lapangan Terbang Dammam.

Serangan berkenaan menandakan peningkatan ketara dalam konflik Houthi yang berpangkalan di Yaman dan Arab Saudi. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.